Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Isnin, 21 November 2011

Seni: Sangat Kreatif

Sesungguhnya kreatif itu merupakan seni yang tidak semua orang memilikinya. Pada yang memiliki seni ini, gunakanlah kelebihan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali mengatakan tiada apa yang perlu dibuat sedangkan bermacam-macam perkara yang boleh anda buat dengan kelebihan tersebut. Jika tidak masakan ada yang boleh mencipta pelbagai jenis bentuk hanya menggunakan biskut. Lihat gambar ini:








Adakah ini masih tidak cukup untuk membuktikan perekanya seorang yang kreatif? Jika demikian, bagaimana pula pandangan anda tentang gambar ini:






Ketiga-tiga gambar ini merupakan kek yang dicipta oleh seorang yang sangat kreatif. maaf saya sudah lupa siapa yang menciptanya. Pada saya, Orang yang mencipta ini amatlah kreatif kerana setiap isi kek tersebut boleh dimakan tanpa perlu membuang mana-mana bahagian.