Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Ahad, 16 Oktober 2011

Manusia - tak lepas dari kesilapan-

Pengalaman memberikan pengajaran yang yang paling berguna dalam hidup kita....ia akan menjadikan kita lebih berhati-hati di kemudian hari..Kisah bersama teman sebilik yang sama2 pening lalat disebabkan oleh kelebihan kafein di dalan tubuh...lebih daripada 5 cawan tester,kopi yang pelbagai rasa itu kami minum..kesannya, tersalah ambil train waktu hendak balik kampus..geli hati bila memikirkannya..:)


comel budak ni..mata bulat..berjodoh dengannya ketika berjeda di surau PWTC...Aisyah namanya..tak sempat nak ambil gambarnya banyak2 sebab dia meragam..apa2 pun,berkenalan dengan aisyah adalah memori indah di PWTC.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kenikmatan dalam Kegelapan

Keadaan sekeliling yang malap dengan hanya bergantung kepada cahaya sebatang lilin tidak mengganggu aku menikmati hidangan ini. Sedap tapi agak manis sedikit dek kecairan ais yang melanda..:)




Jumaat, 7 Oktober 2011

Ruang Sejenak Renunangan

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”

A) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.

B) Air – kedua, keenam, kesepuluh

C) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas

D) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang.

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.

2) Mengambil berat

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.

4) Menenangkan pasangan

5) Sangat romantis

6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan

2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.

3) Penasihat yang baik

4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga

5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu

6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah

P/S Pakar diari hati : Sifat apa yang dikau tampilkan adalah keperibadianmu,maka renungkanlah pada unsur mana yang lebih baik itu dan berhati-hatilah dalam setiap gerak laku, tutur bicara dan pandangan fatamorgana… Sesungguhnya ambillah iktibar diari kehidupan wanita-wanita mulia di sisi para nabi utusan-NYA.

Khamis, 6 Oktober 2011

Nasi Goreng Kampung

Sekian lama tidak menikmatinya, semalam aku berpeluang untuk menjamu selera dengan menu resipi kampung ini. Sangat sedap. 'Jom lah kawan-kawan kita makan bersama-sama di kafe Setia Murni'. 

Kau Selalu Dihatiku

Al-fatihah buat ibu tersayang. Damailah ibu disana disamping mereka yang beriman.

Ahad, 2 Oktober 2011

Menu Hari Ini

Perut sudah mengeluarkan bunyi yang membuatkan tumpuan terhadap kerja-kerja saat ini terganggu. Terpaksa berjeda seketika untuk mengisi perut, jika ditahan bimbang lain pula jadinya.


Bihun goreng yang disediakan Chef Ana sebelum meninggalkan aku kesepian di kamar.


Milo kurang gula. Bagus untuk kesihatan


Ini tidak bagus untuk kesihatan, manis sangat..Sehiris sudah cukup untuk meningkatkan bacaan gula dalam darah. Sangat tidak baik,namun ia agak sedap jika dinikmati bersama-sama.

Gangguan yang Menyenangkan

Apa kena dengan muka buku ni??? Bila buka je, kosong!!! Xnampak apa pun..teman sebilik cakap kena hack. hohoho...aman rasanya. kenape? Sebab waktu aku tahu semua itu, aku telah pun disedarkan oleh kata-kata seseorang. Jadi perasaan sedih itu telah diganti dengan debaran yang tidak lagi hilang. Bila difikirkan balik, ada baiknya muka buku itu terus di hack...ke ada kesan sampingan?? Ada sesiapa yang mahir dalam kes ini? silalah bagitahu.Terima kasih..:)

Doa Seorang Kekasih




Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Secalit Memori Padanya

Sungguh aku rindu padanya. Diri ini teramatlah mendambakan kehadirannya untuk sentiasa berada disisi. Senyumannya umpama mentari menyinari hidupku. Kata-kata yang lahir dari bicaranya amat menyenangkan walaupun ia merupakan satu teguran yang berbisa. Aku amat menyenanginya. Waktu itu, dia masih sihat, masih gagah untuk bangun berdiri.

wajah-wajah kesayangan hamba

Alhamdulillah setelah beberapa hari dijaga rapi oleh mereka yang memakai seragam biru,teleskop yang setia melilit dipangkal leher, memakai topeng muka mencegah dijangkiti virus, dia dipindahkan ke wad biasa dan beberapa hari selepas itu dia dibenarkan pulang. Doktor berpesan, jantungnya harus diawasi! Serangan jantung bisa menyerang bila-bila masa.

                                                 Doa kupohon, moga ayah cepat sembuh. Amin

Sabtu, 1 Oktober 2011

Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Saat memahatkan mataku pada tajuk laman ciptaanku ini, otak mula bekerja keras untuk mengeksperimentasikan setiap sifat pada abjad m.a.d.i.h.a.h dengan cara tersendiri,yang akan "membedah" seratus peratus mengenai diriku termasuk perilaku,sifat dan sebagainya. Waktu ini, terlukis sebuah senyuman sinis yang bisa membunuh tuannya sendiri jika dikenangkan, ia umpama sebuah belati yang tajam menghunus dalam menusuk urat-urat saraf yang mampu mengakibatkan aku menjadi lumpuh untuk selamanya. wah begitu dalam imaginasi kamu ya Madihah? hatiku berdetik..cuba,cuba dan terus mencuba dalam usaha "mengkreatifkan" diri ini. Hmmmm nampaknya aku perlukan sedekit ruang untuk menyempurnakan sifatku pada abjad-abjad itu  Mungkin dalan entri seterusnya. InsyaAllah.


Banyak kelebihannya. Membantu aku dalam mencoret. Sebelum ini bukan aku tidak maklum akan perkara ini,tetapi kerana terlalu ikutkan kata hati,aku abaikannya. Saat ini aku mengimbas kembali kata-kata Dr. Mawar; "gunakan kamus sebagai rujukan untuk menulis"..lebih kurang begitulah omongannya. Terima Kasih pada Dr. Mawar atas segalanya. Komen Dr. membuatkan saya terngadah.

Kesedaran Menerbitkan Kekerapan


Entri yang tidak sampai satu jam beza waktu dengan yang sebelumnya aku karangkan. Kesedaran telah menerbitkan kekerapan entri pada laman ini. Umpama perut yang minta diisi dengan biskut oat krunch; dark chocolate ini,baru sekejap tadi aku menikmatinya, terasa ingin makan lagi. Alangkah bagusnya kalau idea untuk mencoret kata-kata pada laman ini sebegitu hadirnya. Lihatlah sekarang,apa yang ditulis langsung tidak menarik tetapi dek kerana tugasan aku harus menyempurnakannya. Datanglah buah fikiran agar aku tidak lagi terus hanyut dalam duniaku ciptaanku sendiri.

Meragut Jiwa Melara

Sekian lama tidak menjenguk laman ini,baru perasaan ada tuntutan yang perlu dibereskan. melawat ke laman blog rakan seperjuangan mula menyedarkanku dari terus melara mengerjakan sesuatu yang tidak penting,juga tafsiran dari manusia hebat seperti dr.mawar..jiwa mula memberontak inginkan yang sempurna,walaupun perlu memaksa diri. sungguh bercelaru saat ini. maaf seandainya tiada yang menarik.