Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Ahad, 2 Oktober 2011

Secalit Memori Padanya

Sungguh aku rindu padanya. Diri ini teramatlah mendambakan kehadirannya untuk sentiasa berada disisi. Senyumannya umpama mentari menyinari hidupku. Kata-kata yang lahir dari bicaranya amat menyenangkan walaupun ia merupakan satu teguran yang berbisa. Aku amat menyenanginya. Waktu itu, dia masih sihat, masih gagah untuk bangun berdiri.

wajah-wajah kesayangan hamba

Alhamdulillah setelah beberapa hari dijaga rapi oleh mereka yang memakai seragam biru,teleskop yang setia melilit dipangkal leher, memakai topeng muka mencegah dijangkiti virus, dia dipindahkan ke wad biasa dan beberapa hari selepas itu dia dibenarkan pulang. Doktor berpesan, jantungnya harus diawasi! Serangan jantung bisa menyerang bila-bila masa.

                                                 Doa kupohon, moga ayah cepat sembuh. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan