Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Saat memahatkan mataku pada tajuk laman ciptaanku ini, otak mula bekerja keras untuk mengeksperimentasikan setiap sifat pada abjad m.a.d.i.h.a.h dengan cara tersendiri,yang akan "membedah" seratus peratus mengenai diriku termasuk perilaku,sifat dan sebagainya. Waktu ini, terlukis sebuah senyuman sinis yang bisa membunuh tuannya sendiri jika dikenangkan, ia umpama sebuah belati yang tajam menghunus dalam menusuk urat-urat saraf yang mampu mengakibatkan aku menjadi lumpuh untuk selamanya. wah begitu dalam imaginasi kamu ya Madihah? hatiku berdetik..cuba,cuba dan terus mencuba dalam usaha "mengkreatifkan" diri ini. Hmmmm nampaknya aku perlukan sedekit ruang untuk menyempurnakan sifatku pada abjad-abjad itu  Mungkin dalan entri seterusnya. InsyaAllah.


Banyak kelebihannya. Membantu aku dalam mencoret. Sebelum ini bukan aku tidak maklum akan perkara ini,tetapi kerana terlalu ikutkan kata hati,aku abaikannya. Saat ini aku mengimbas kembali kata-kata Dr. Mawar; "gunakan kamus sebagai rujukan untuk menulis"..lebih kurang begitulah omongannya. Terima Kasih pada Dr. Mawar atas segalanya. Komen Dr. membuatkan saya terngadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan