Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kesedaran Menerbitkan Kekerapan


Entri yang tidak sampai satu jam beza waktu dengan yang sebelumnya aku karangkan. Kesedaran telah menerbitkan kekerapan entri pada laman ini. Umpama perut yang minta diisi dengan biskut oat krunch; dark chocolate ini,baru sekejap tadi aku menikmatinya, terasa ingin makan lagi. Alangkah bagusnya kalau idea untuk mencoret kata-kata pada laman ini sebegitu hadirnya. Lihatlah sekarang,apa yang ditulis langsung tidak menarik tetapi dek kerana tugasan aku harus menyempurnakannya. Datanglah buah fikiran agar aku tidak lagi terus hanyut dalam duniaku ciptaanku sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan