Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Rabu, 7 Disember 2016

MYRINGOPLASTY

Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi mengurniakan saya udara yang segar untuk bernafas di bumi Allah yang penuh pancaroba ini. Sememangnya sudah lama jari jemari ini tidak menari untuk mengarang cerita seorang insan yang bernama Nor Madihah Abd Rahman ini.

Tahun 2016 merupakan tahun yang maha hebat dugaannya. Pemergian Ayahanda tercinta tanggal 10 Februari lalu sedikit sebanyak turut merobek jiwa ini. Perginya yang tak akan pernah kembali. Sungguh saya rindu pada insan yang dipanggil "CEK" itu. Beliau pergi setelah disahkan menghidap Kanser Pankreas Tahap 4.

Myringoplasty tajuk entry kali ini. Ia merupakan suatu pembedahan kecil ( minor surgery) yang melibatkan telinga iaitu melibatkan pengambilan sedikit tisu dari kulit kepala pesakit untk ditampalkan pada gegendang telinga yang pecah @ berlubang. Ini berdasarkan apa yang saya faham hasil dari penjelasan Doktor Pakar ENT Hospital Kuala Krai. Andai salah, maafkanlah saya.

Sedikit pesanan buat diri sendiri dan semua, hargailah nikmat yang Allah berikan kepada kita. Jangan jadi macam saya, bila Allah dah tarik salah satu nikmat yang diberikan iaitu nikmat mendengar, barulah terasa betapa ruginya saya kerana tidak menggunakan nikmat yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Allahuakbar. Sendu di hati ini bila mengenangkan kehidupan zaman remaja saya dulu. Allah, ampunkanlah dosa hambaMU ini.

Bahasa agak ke laut kali ini. Da lama tak menulis. InsyaAllah akan diperbetulkan dari semasa ke semasa.