Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Isnin, 26 Disember 2011

Kebuntuan Idea...

Inilah kesannya kalau buat kerja "last minute!" Idea tak datang, maklumat tak cukup.. terasa bagai nak gila. Aduhai malang sungguh nasib ini. Sebelum ini bukan aku tidak pernah buat buat perkara sebegini, cuma untuk kerja kali ini beban yang perlu ditanggung amatlah berat.

Pada Sayap Burung Helang

Inilah dia! novel yang perlu ku kaji untuk menyiapkan esei dan perlu dibentangkan pada 29 disember ini. Tinggal 2 hari je lagi masa untuk aku menyiapkannya... Hati kecilku berkata "padan muka, dapat buku awal bukannya nk dikaji dari dulu lagi, dah nak dekat majlis diskusi,mula la kelam kabut. tak pasal-pasal entri ni wujud. madihah, madihah..apa nak jadi dengan kau ni"..Aaaaaaaaaaaa siapa nak tolong aku kali ni????????

Ahad, 25 Disember 2011

Ampunkan Aku.

Ianya masih segar dalam kotak ingatanku..Aku pernah menghadiri satu kursus motivasi anjuran KESEDAR di bawah pimpinan IP.Minda. Kursus tersebut memakan masa selama 3 hari 2 malam bertempat di Hostel Pantai,Kota Bharu.

 Astargfirullah hal'azim, betapa banyak dosa yang telah hambamu ini lakukan. Ampunkan aku Ya Allah. Semasa berada dalam kursus tersebut,aku menangis dan menangis kerana teringat akan dosa yang pernah ku lakukan. Manusia, hanya insaf sesaat (diriku). Rakan-rakan yang turut sama menyertai kursus tersebut mengejek ku "dengar lagu ni pun nak sedih". Makin berganda kesedihan tersebut. Kamu semua tidak tahu apa perasaan aku waktu itu. Aku teringat akan dosa yang telah aku lakukan pada arwah mak aku. 

Cubalah anda semua menghayati lirik lagu ini. Aku sengaja memilih lagu ini untuk mengingatkan diriku sendiri agar sentiasa menginsafi diri ini. Harapanku agar pintu hatiku akan terbuka untuk tidak lagi melakukan perkara-perkara yang dilarangnya. Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Hati Hiba Mengenangkan

Dosa Dosa Yang Ku Lakukan

Oh Tuhan Maha Kuasa

Terima Taubat Hamba Berdosa



Ku Akui Kelemahan Diri

Ku Insafi Kekurangan Ini

Ke Kesali Kejahilan Ini

Terimalah (3x) Taubatku Ini



Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan

Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan




Di Hamparan Ini Ku Meminta

Moga Taubat Ku Diterima

Ahad, 18 Disember 2011

Kejutan Yang Tak Diduga










Indahnya saat itu. Buat pertama kali aku merasainya. Selama ini pernah juga terlintas di dalam hati akankah aku merasai saat ini. Allah maha merancang dan maha mengetahui. Masih ku ingat pagi itu, aku sedikit terkilan dengan mereka hanya kerana mereka tidak menghantar sebarang ucapan sempena ulang tahun kelahiranku. Rupa-rupanya mereka ada agenda tersendiri! Mereka berkomplot antara satu sama lain untuk tidak mengendahkan hari yang bersejarah itu. Akhirnya aku di"surprise"kan dengan sebiji kek yang bertanda "happy birthday". sangat terharu kurasakan saat itu sehingga menitiskan air mata. Ia tidak dapat ditahan lagi kerana pertama aku berasa sangat bersalah terhadap mereka yang kuanggap tidak menghargai diri ini dan yang kedua kerana terharu kini aku benar-benar berada dalam saat yang diimpikan. Terima kasih yang tidak terhingga buat ketiga-tiga sahabatku. Sayang kamu semua dari dulu,kini dan insyaAllah selamanya. Ya Allah kekalkanlah ikatan persahabatan yang terjalin ini.

Tidak lupa juga Al-fatihah kutitipkan untuk arwah ibu. Semoga ibu tenang di sana di samping mereka yang di kasihi dan diredhai oleh Allah. Terima kasih kerana sudi melahirkanku. Ya Allah perkenankanlah doaku, kau tempatkanlah ibuku dalam kalangan mereka yang beriman. Amin.

Sabtu, 10 Disember 2011

Muzik vs Sastera

Muzik dan sastera merupakan suatu item yang terletak di bawah medium yang sama. Cuma cara penyampaian nya sahaja yang berbeza. Kata seorang temanku yang berjuang dalam bidang muzik. Betul ke??

sastera: ia perlu dihayati
muzik juga begitu!...  maksudnya kalau orang tu minat muzik sudah tentu dia juga akan minat sastera. tapi kenapa aku tidak? aku boleh terima muzik, boleh menyelami "kepuitisan" muzik sedalam-dalamnya dengan penuh keasyikan.. tapi kenapa aku tidak boleh "memuitiskan" sastera?

KENAPA? KENAPA? DAN KENAPA?