Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Ahad, 25 Disember 2011

Ampunkan Aku.

Ianya masih segar dalam kotak ingatanku..Aku pernah menghadiri satu kursus motivasi anjuran KESEDAR di bawah pimpinan IP.Minda. Kursus tersebut memakan masa selama 3 hari 2 malam bertempat di Hostel Pantai,Kota Bharu.

 Astargfirullah hal'azim, betapa banyak dosa yang telah hambamu ini lakukan. Ampunkan aku Ya Allah. Semasa berada dalam kursus tersebut,aku menangis dan menangis kerana teringat akan dosa yang pernah ku lakukan. Manusia, hanya insaf sesaat (diriku). Rakan-rakan yang turut sama menyertai kursus tersebut mengejek ku "dengar lagu ni pun nak sedih". Makin berganda kesedihan tersebut. Kamu semua tidak tahu apa perasaan aku waktu itu. Aku teringat akan dosa yang telah aku lakukan pada arwah mak aku. 

Cubalah anda semua menghayati lirik lagu ini. Aku sengaja memilih lagu ini untuk mengingatkan diriku sendiri agar sentiasa menginsafi diri ini. Harapanku agar pintu hatiku akan terbuka untuk tidak lagi melakukan perkara-perkara yang dilarangnya. Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Hati Hiba Mengenangkan

Dosa Dosa Yang Ku Lakukan

Oh Tuhan Maha Kuasa

Terima Taubat Hamba Berdosa



Ku Akui Kelemahan Diri

Ku Insafi Kekurangan Ini

Ke Kesali Kejahilan Ini

Terimalah (3x) Taubatku Ini



Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan

Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan




Di Hamparan Ini Ku Meminta

Moga Taubat Ku Diterima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan