Ceritera Makanan

Tuntutan daripada pensyarah subjek Penulisan Kreatif secara langsung telah mewujudkan blog ini. Beliau inginkan setiap pelajarnya membikin blog dan sentiasa memperbaharui blog mereka dengan memasukkan apa-apa sahaja maklumat mengenai makanan yang telah ditetapkan sebagai tema dalam tugasan menghasilkan cerpen.

Ahad, 18 Disember 2011

Kejutan Yang Tak Diduga










Indahnya saat itu. Buat pertama kali aku merasainya. Selama ini pernah juga terlintas di dalam hati akankah aku merasai saat ini. Allah maha merancang dan maha mengetahui. Masih ku ingat pagi itu, aku sedikit terkilan dengan mereka hanya kerana mereka tidak menghantar sebarang ucapan sempena ulang tahun kelahiranku. Rupa-rupanya mereka ada agenda tersendiri! Mereka berkomplot antara satu sama lain untuk tidak mengendahkan hari yang bersejarah itu. Akhirnya aku di"surprise"kan dengan sebiji kek yang bertanda "happy birthday". sangat terharu kurasakan saat itu sehingga menitiskan air mata. Ia tidak dapat ditahan lagi kerana pertama aku berasa sangat bersalah terhadap mereka yang kuanggap tidak menghargai diri ini dan yang kedua kerana terharu kini aku benar-benar berada dalam saat yang diimpikan. Terima kasih yang tidak terhingga buat ketiga-tiga sahabatku. Sayang kamu semua dari dulu,kini dan insyaAllah selamanya. Ya Allah kekalkanlah ikatan persahabatan yang terjalin ini.

Tidak lupa juga Al-fatihah kutitipkan untuk arwah ibu. Semoga ibu tenang di sana di samping mereka yang di kasihi dan diredhai oleh Allah. Terima kasih kerana sudi melahirkanku. Ya Allah perkenankanlah doaku, kau tempatkanlah ibuku dalam kalangan mereka yang beriman. Amin.

2 ulasan:

  1. tak tahu knp sy mcm nak menanngis baca entri ni.sayang awk jugak..semoga ukhuwah kita kekal selamanya :)

    BalasPadam
  2. jangan sedih2.. kalau awk sedih,saya pun sedih jgk.. insyaAllah,kita berempat akan tetap menjadi adik beradik hinggake akhirnya.. Amin.. :)

    BalasPadam